Saturday, August 21, 2010

Malik Kassim nafi khatib tidak guna nama Guan Eng , tapi jemaah kariah mengaku ada



malik tunjuk teks khutbah JAIPP , tetapi ada ke khatib2 PAS ini baca ?


Bila lihat muka Malik Itik Kassim bercakap tadi di TV3 nafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid , nampak sangat dia dah start dah bohong . Dulu dalam isu Maulidul Rasul , inilah mamak yang jadi master mind pembatalan tetapi kini beliau nak jadi hero pulak menjilat Guan Eng lidah biawak dalam isu khutbah jumaat pulak .


Siasatan awal


siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim. Tetapi Malik Kassim tidak menafikan ada juga khatib di beberapa masjid tidak menggunakan teks khutbah JAIPP .


"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi "


Siasatan awal Malik nampak seperti melepaskan batuk di tangga dan hanya untuk pertahankan Guan Eng dan khatib2 PAS . Memang betul Malik boleh cakap teks khutbah Jumaat JAIPP tidak tertera nama Guan Eng sebaliknya nama Agong , tetapi adakah Malik sedar yang khatib2 PAS sebenarnya tidak guna pun teks ini bila baca khutbah .


Masjid berdekatan rumah PB pun pernah juga tok khatib jemputan dari PAS ini bila baca khutbah pakai ayat dia sendiri malah bila baca doa khutbah jumaat langsung tidak sebut nama Agong dan TYT .


Punca sebenar timbul isu khutbah jumaat doa nama Guan Eng ini kerana kebanyakkan tok2 khatib dari PAS tidak langsung guna teks khutbah JAIPP dan berlagak guna ayat sendiri . Itu yang lekat dalam Doa Untuk Kesejahteraan Guan Eng dan Rakan-Rakan .


Kebodohan Malik


Kebodohan Malik sebagai Exco Agama terselah apabila beliau cuba mengaitkan tuduhan Naib Presiden UMNO , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO PP sebagai fitnah . Sidang media beliau itu tidak ubah cakap retorik politik sahaja di depan media dan tanpa segan silu menuduh BN sengaja wujudkan isu ini .


Beliau memang boleh bercakap di depan media2 mereka seperti portal rasis Malaysiakini ,Malaysian insiders dan Haprak Daily tentang penafian ini tetapi adakah beliau boleh pi stop mulut jemaah kariah terbabit yang mendengar sendiri khatib PAS menggunakan nama Guan Eng dalam doa khutbah Jumaat . Zahid Hamidi membuat dakwaan ini bukannya melulu tetapi selepas mendapat laporan dari akar umbi mengenai perkara . Jadi , kepada Malik Kassim tak payah la nak perbodohkan umat Islam di Pulau Pinang . Jemaah kariah yang dengar khutbah itu bukan pekak dan buta lagi .


Bukti jemaah kariah sendiri mengaku khatib doa untuk Guan Eng dalam khutbah Jumaat


Pakcik Shuib Saad dan Rozali Ismail selaku jemaah kariah masjid berkenaan mengesahkan khatib PAS sebut nama Guan Eng ketika doa khutbah Jumaat








Tempat & lokasi kejadian





Pada 13 Ogos 2010, dalam solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, nama Yang Dipertuan Agong telah digantikan dengan nama Lim Guan Eng dalam doa khutbah jumaat. Zakaria Ahmad (Khatib Masjid Padang Menora) telah bertindak sedemikian dengan alasan bahawa semua pemimpin tak kira beragama apa pun harus didoakan kesejahteraannya supaya dapat memimpin dengan selamat dan tenang.

Sumber:Pejuang Bangsa




No comments:

Post a Comment