Tuesday, September 29, 2009

Calon PRK N31 DUN Bagan Pinang




Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman, bahawa
Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah juga membuat pengumuman di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dekat Port Dickson.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang.




Monday, September 21, 2009

Pemilihan Calon N31 Bagan Pinang

Pemilihan Calon N31 Bagan Pinang

Walaupun telah hampir pasti Tan Sri Isa Samad bakal dinamakan sebagai calon DUN Bagan Pinang, pihak kami masih menunggu pengumuman pengesahan beliau sebagai calon sebelum sebarang berita lanjut.

-

13/09/2009
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein :"Isu yang timbul sekarang ini ialah menamakan calon yang boleh berkhidmat untuk rakyat di sana dan yang diterima oleh rakyat.Orang boleh cakap macam-macam yang mereka mahu dan andaikan, tapi yang akan mengundi ialah rakyat kawasan itu. Kalau kita bising macam mana sekalipun, kita tak boleh undi di sana. Hanya mereka (rakyat) yang boleh mengundi,"

-

13/09/2009
Datuk Seri Dr Rais Yatim :“Tan Sri Isa boleh diberi percubaan tetapi apa yang penting ialah apabila calon sudah diputuskan jangan ada perbalahan, seperti yang berlaku di Permatang Pasir. Separuh masanya habis mendebatkan tentang calon, ini seharusnya tidak timbul di Bagan Pinang,”

-
13/09/2009
Tan Sri Muhyiddin Yassin :“Mereka belum lagi menghantar secara rasmi.(senarai calon) Saya baru saja baca dalam surat khabar yang anda laporkan, kami belum terima senarai rasmi,”

-
14/08/2009
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof :“Peti undi pos itu akan kita pateri dan ditandangani di atasnya oleh pihak iaitu SPR dan wakil daripada ejen parti yang bertanding. Beg itu dipateri, kalau dibuka. Tandatangan nak dibuka macam mana lagi...Kalau ada masuk benda lain, mesti tahu punya. Tak boleh tipu. Kali ini pergi tengok dan diperhati dengan betul. kemudian anda bagi tahu saya, di mana tempat dia boleh tipu,”

-

17/09/09
Mohd Helmy Din berkata beliau "tidak tahu-menahu" berhubung perkara tersebut (calon selain Isa)"Mungkin ketua bahagian ada hantar kepada menteri besar (Datuk Seri Mohamad Hassan), dan beliau hantar kepada (Umno) pusat. Ahli jawatankuasa perhubungan lain tak tahu,"

sumber baganpinang.net


Salam... dutawangsa ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger-blogger serta pembaca-pembaca blog... Semoga berbahagia dihari yang mulia ini dan maaf zahir dan batin...

Sunday, September 6, 2009

Luahan rasa luahan hati yang terpendam luka


Dutawangsa berpeluang untuk duduk dan bersembang dengan seorang pemimpin muda yang berbangsa melayu yang telah lama DUTA kenali. Beliau merupakan satu pemimpin yang berwawasan dan cita2 beliau adalah untuk melahirkan pemimpin2 yang berkualiti iaitu yang berilmu pengetahuan. Ini DUTA dapat sahkan kerana DUTA sendiri pernah mengikuti pelajaran yang beliau cuba serapkan kepada anak2 buah beliau.

Namun DUTA amat sedih apabila melihat beliau tidak kemana walaupun dengan sifat kepimpinan yang tinggi serta mempunyai anak2 buah yang setia bersama beliau, maka DUTA telah ambil kesempatan itu untuk bertanyakan khabar serta bertanya mengapa terjadi demikian...

Beliau telah panjang lebar menceritakan serta dengan penuh perasaan meluahkan pendapat beliau. Antaranya adalah beliau telah menyuarakan bahawa di dalam dunia yang moden ini untuk bergerak serta menjalankan aktiviti perlukan dana yang banyak, untuk memegang sesuatu jawatan pun perlu mengunakan kabel serta dana yang banyak... beliau cuma makan gaji serta tidak rapat dengan orang2 yang berpengaruh(tidak mudah untuk mengampu). Setiap pertandingan ataupun pencalonan beliau akan dicantas dari awal lagi malah tidak diberi peluang langsung untuk bercakap. Apakah sekarang ini akan ada pemimpin2 yang tidak berkualiti tetapi cuma yang mempunyai kabel serta dana maka blh menjadi pemimpin. DUTA amat sedih dengan apa yang berlaku kini, tetapi apabila memerlukan orang untuk menjalankan kerja2 seperti memasang banner, pilihanraya serta program2 maka mereka2 akan mencari beliau ini kerana beliau memang ada orang serta anak buah dibelakang beliau.

DUTA bukan mahu menyalahkan mana2 pihak tetapi DUTA berharap agar dapat membuka minda pemimpin2 sekarang bahawa jika kita dikaburi maka kita tidak akan nampak mutiara yang ada didepan kita. Beliau bukan sahaja dikenali di bahagian beliau malah di bahagian2 lain beliau amat dikenali, sehingga ada yang berkata kepada beliau supaya tukar bahagian kerana mereka memerlukan orang sebegini. Namun mengenali insan ini beliau berkata tak mengapa beliau redha dengan berada di bahagian yang hanya menganaktirikan beliau. Bagi pendapat DUTA bukan dianak tiri tetapi mereka2 ini takut tergugat kedudukan mahupun disamping takut dengan bayang-bayang sendiri.

DUTA cuba untuk menolong beliau dengan apa yang termampu namun masih tidak mencukupi, setiap tahun sejak dari tahun 1997 beliau akan mengadakan kutipan derma untuk orang2 susah yakni mereka yang tidak berkemampuan dengan menghadiahkan hamper seperti beras, gula, garam, milo dan sebagainya bergantung kepada dana yang dapat beliau kumpulkan. Walaupun beliau terpaksa menebalkan muka untuk meminta sumbangan dari kawan2 kenalan beliau sendiri seperti rakan2 sepejabat.

Program2 yang beliau jalankan pun program2 yang sihat seperti mengadakan majlis2 makan untuk mengeratkan silaturahim antara anak2 buah beliau disamping menyampaikan serta melatih anak2 buah beliau memimpin menjalankan aktiviti2 itu, mengadakan program2 motivasi serta program mempertahankan diri seperti "ragut dan rogol", semua ini dengan usaha beliau sendiri tanpa ada mana2 bantuan dari kabel politik mahupun dari pemimpin2 kenalan beliau.

Usaha murni beliau ini sering mendapat rintangan kerana mungkin beliau bukan seorang yang "yes man" iaitu mengikut telunjuk orang. Satu renungan serta persoalan kepada pembaca2 sekalian? Pemimpin yang macam mana yang kalian harapkan, adakah yang dikancing hidung ataupun seorang pemimpin yang boleh berjuang untuk pembangunan ummah.

Berjuang untuk hidup ataupun hidup untuk berjuang...

sama2 lah kita renung dan fikirkan.

Selaras dengan itu duta ingin mengambil petikan dari cerita yang telah saudara PISAU ceritakan dalam blog beliau...


Posted On 9/05/2009 09:49:00 PM by megat
Moral of the story 'renung-renungkan'lah ....selamat beramal
Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi
tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina
yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi
tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan
kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua
ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki
ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain
biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar
yang lain macam mana mau keluar.
Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang
cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana
boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju...


Sedikit sebanyak dapat lah pembaca cuba kaitkan cerita dari blog yang saudara PISAU postkan dan cerita dari DUTA sampaikan semoga kaitan diantara keduanya dapat pembaca2 blog analisis serta kaji, janganlah hanya menjadi tatapan pembaca sekalian cuba lah kita lakukan perubahan ini.

Apa yang jadi esok tidak akan mengubah apa yang terjadi hari ini namun apa yang terjadi hari ini bisa merubah serta bisa menjadika esok satu hari yang bermakna... Kerana kita adalah pemimpin dimasa depan.
Ada satu pepatah mengatakan untuk kita mengetahui masa depan maka kita haruslah mencipta masa depan itu sendiri...

Kepada rakan2 pembaca ataupun blogger yang ada idea yang bernas untuk bagaimana membantu sahabat DUTA ini maka kongsilah bersama DUTA...

DUTA akan ceritakan lagi pengalaman sahabat DUTA ini jika di izinkan Allah SWT di masa2 akan datang...

Fikirlah sendiri...


Saturday, September 5, 2009

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal


ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.




Keputusan N31 Bagan Pinang PR ke 12 2008

04 September 2009
Keputusan N31 Bagan Pinang PR ke 12 2008

N31 BAGAN PINANG
Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%

1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384

Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)