Sunday, September 6, 2009

Luahan rasa luahan hati yang terpendam luka


Dutawangsa berpeluang untuk duduk dan bersembang dengan seorang pemimpin muda yang berbangsa melayu yang telah lama DUTA kenali. Beliau merupakan satu pemimpin yang berwawasan dan cita2 beliau adalah untuk melahirkan pemimpin2 yang berkualiti iaitu yang berilmu pengetahuan. Ini DUTA dapat sahkan kerana DUTA sendiri pernah mengikuti pelajaran yang beliau cuba serapkan kepada anak2 buah beliau.

Namun DUTA amat sedih apabila melihat beliau tidak kemana walaupun dengan sifat kepimpinan yang tinggi serta mempunyai anak2 buah yang setia bersama beliau, maka DUTA telah ambil kesempatan itu untuk bertanyakan khabar serta bertanya mengapa terjadi demikian...

Beliau telah panjang lebar menceritakan serta dengan penuh perasaan meluahkan pendapat beliau. Antaranya adalah beliau telah menyuarakan bahawa di dalam dunia yang moden ini untuk bergerak serta menjalankan aktiviti perlukan dana yang banyak, untuk memegang sesuatu jawatan pun perlu mengunakan kabel serta dana yang banyak... beliau cuma makan gaji serta tidak rapat dengan orang2 yang berpengaruh(tidak mudah untuk mengampu). Setiap pertandingan ataupun pencalonan beliau akan dicantas dari awal lagi malah tidak diberi peluang langsung untuk bercakap. Apakah sekarang ini akan ada pemimpin2 yang tidak berkualiti tetapi cuma yang mempunyai kabel serta dana maka blh menjadi pemimpin. DUTA amat sedih dengan apa yang berlaku kini, tetapi apabila memerlukan orang untuk menjalankan kerja2 seperti memasang banner, pilihanraya serta program2 maka mereka2 akan mencari beliau ini kerana beliau memang ada orang serta anak buah dibelakang beliau.

DUTA bukan mahu menyalahkan mana2 pihak tetapi DUTA berharap agar dapat membuka minda pemimpin2 sekarang bahawa jika kita dikaburi maka kita tidak akan nampak mutiara yang ada didepan kita. Beliau bukan sahaja dikenali di bahagian beliau malah di bahagian2 lain beliau amat dikenali, sehingga ada yang berkata kepada beliau supaya tukar bahagian kerana mereka memerlukan orang sebegini. Namun mengenali insan ini beliau berkata tak mengapa beliau redha dengan berada di bahagian yang hanya menganaktirikan beliau. Bagi pendapat DUTA bukan dianak tiri tetapi mereka2 ini takut tergugat kedudukan mahupun disamping takut dengan bayang-bayang sendiri.

DUTA cuba untuk menolong beliau dengan apa yang termampu namun masih tidak mencukupi, setiap tahun sejak dari tahun 1997 beliau akan mengadakan kutipan derma untuk orang2 susah yakni mereka yang tidak berkemampuan dengan menghadiahkan hamper seperti beras, gula, garam, milo dan sebagainya bergantung kepada dana yang dapat beliau kumpulkan. Walaupun beliau terpaksa menebalkan muka untuk meminta sumbangan dari kawan2 kenalan beliau sendiri seperti rakan2 sepejabat.

Program2 yang beliau jalankan pun program2 yang sihat seperti mengadakan majlis2 makan untuk mengeratkan silaturahim antara anak2 buah beliau disamping menyampaikan serta melatih anak2 buah beliau memimpin menjalankan aktiviti2 itu, mengadakan program2 motivasi serta program mempertahankan diri seperti "ragut dan rogol", semua ini dengan usaha beliau sendiri tanpa ada mana2 bantuan dari kabel politik mahupun dari pemimpin2 kenalan beliau.

Usaha murni beliau ini sering mendapat rintangan kerana mungkin beliau bukan seorang yang "yes man" iaitu mengikut telunjuk orang. Satu renungan serta persoalan kepada pembaca2 sekalian? Pemimpin yang macam mana yang kalian harapkan, adakah yang dikancing hidung ataupun seorang pemimpin yang boleh berjuang untuk pembangunan ummah.

Berjuang untuk hidup ataupun hidup untuk berjuang...

sama2 lah kita renung dan fikirkan.

Selaras dengan itu duta ingin mengambil petikan dari cerita yang telah saudara PISAU ceritakan dalam blog beliau...


Posted On 9/05/2009 09:49:00 PM by megat
Moral of the story 'renung-renungkan'lah ....selamat beramal
Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi
tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina
yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi
tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan
kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua
ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki
ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain
biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar
yang lain macam mana mau keluar.
Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang
cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana
boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju...


Sedikit sebanyak dapat lah pembaca cuba kaitkan cerita dari blog yang saudara PISAU postkan dan cerita dari DUTA sampaikan semoga kaitan diantara keduanya dapat pembaca2 blog analisis serta kaji, janganlah hanya menjadi tatapan pembaca sekalian cuba lah kita lakukan perubahan ini.

Apa yang jadi esok tidak akan mengubah apa yang terjadi hari ini namun apa yang terjadi hari ini bisa merubah serta bisa menjadika esok satu hari yang bermakna... Kerana kita adalah pemimpin dimasa depan.
Ada satu pepatah mengatakan untuk kita mengetahui masa depan maka kita haruslah mencipta masa depan itu sendiri...

Kepada rakan2 pembaca ataupun blogger yang ada idea yang bernas untuk bagaimana membantu sahabat DUTA ini maka kongsilah bersama DUTA...

DUTA akan ceritakan lagi pengalaman sahabat DUTA ini jika di izinkan Allah SWT di masa2 akan datang...

Fikirlah sendiri...


No comments:

Post a Comment