Thursday, July 29, 2010

Benarkan Guru Berpolitik Sebenarnya Bonus Buat PAS


Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengumumkan ketetapan kerajaan BN agar guru boleh menceburi politik menimbulkan pelbagai reaksi yang bercampur baur.

Yang terlebih reaksi adalah dari golongan haprak PAS,Mahfuz mencabar kononnya hanya guru yang menyokong BN saja yang diberikan kebenaran, Prof Aziz Bari dalam masa yang sama turut mempersoalkan ketetapan ini.

"Prinsip kekecualian (neutrality) kakitangan perkhidmatan awam telahpun dihakis, patut diperkasakan selepas 50 tahun (merdeka), bukannya dihakis.

Hakikat yang sebenar, PAS bagaikan mendapat bonus jika kerajaan membenarkan guru bergiat didalam politik,kerana guru berkiblatkan pembangkang lebih ramai daripada yang pro kerajaan.

Semua orang tahu prinsip kekecualian dalam perkhidmatan guru sebenarnya lebih condong kepada pembangkang,mereka ini lebih banyak bermuka muka.

Teman rapat Pisau seorang guru turut melahirkan kebimbangan,menurut beliau sekarang ini guru dilarang berpolitik pun mereka sudah berpuak puak di sekolah kerana berbeza pandangan politik ,apatah lagi jika dibenarkan aktif

Bagaikan mengantuk disorong bantal,kebenaran ini amat dinanti nantikan guru yang pro pembangkang.

Berbalik kepada bantahan daripada pihak PAS, sebenarnya mereka ini bermuka muka,walhal amat bersyukur kerana apa yang dinantikan selama ini tercapai.

Keterbukaan yang ditetapkan oleh kerajaan amat amat diragui,adakah ini salah satu grand design menghancurkan kerajaan BN dari dalam?

Kesimpulannya,dasar ini amat merbahaya kepada rakyat,bayangkan jika guru boleh berpolitik,terutamanya daripada PAS,sudah pasti mereka mereka ini akan menyemai politik benci dan fitnah kepada pelajar pelajar. Anak anak kita disekolah diasuh agar terpalit sama dengan kekotoran politik.

Justeru,pada pendapat Pisau,jika mana mana guru yang teringin sangat nak berpolitik,adalah lebih baik saja berhenti kerja,dan bergiatlah didalam politik sepenuh masa,percayalah gelaran cikgu takkan hilang pada diri anda jika berhenti dari profesion guru.

Usah dibazirkan wang cukai rakyat untuk membayar gaji guru yang mahu bergiat berpolitik.Adalah lebih baik bayar gaji yang lebih kepada guru yang benar benar memberi komitmen dan komited yang bersungguh sungguh mendidik anak anak kita .

Pisau kata " cikgu tak payah kalut dengan politik,kalau nak sangat berpolitik berhenti kerja lah"

sumber dr : www.pisau.net/
27072010