Saturday, August 21, 2010

Isu Ustaz PAS Tidak Doakan Agung & TYT - Ramai Lagi Yang Tampil

Semakin ramai saksi telah tampil ke depan dan membuat laporan polis tentang isu doa Khutbah Jumaat di Pulau Pinang.




Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Bagan telah membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku di Masjid Kubang Buaya semalam di Balai Polis Butterworth . Laporan ini dibuat oleh Sdr Shaik Hussein Bin Mydin , Ketua Pemuda UMNO Bagan bersama saksi-saksi yang berada masjid berkenaan dan mendengar khutbah disampaikan oleh ustaz totok PAS itu .

Turut hadir bersama Ketua Penerangan Pemuda UMNO , Datuk Reezal Marican Naina Marican , Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh Sdr Zaidi Mohd Said , dan Ketua Pemuda UMNO Bkt Mertajam Fauzi Sharif .

Insiden ini yang berlaku ini menurut beliau telah memberi kesimpulan kepada kebanyakkan umat Islam di PP bahawa kerajaan PP di bawah kepimpinan Guan Eng cuba menghasut dan memainkan isu perkauman dengan membiarkan perkara ini berlaku yang jelas boleh memecahbelahkan rakyat di PP.








sumber:Pejuang Bangsa

No comments:

Post a Comment