Thursday, August 20, 2009

Majlis Fatwa kata Nik Aziz menyeleweng...tak ... by Berita Agendadaily

Majlis Fatwa kata Nik Aziz menyeleweng...tak layak dipanggil Tok Guru kata Muhyiddin.
Isu syurga neraka bukan merupakan perkara baru yang dimainkan PAS apabila berlaku pilihan raya baik pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum. Pemimpin PAS khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara yang paling kerap membuat kenyataan tersebut. Namun malangnya status Tok Guru yang diberikan kepadanya seolah-olah menjadi lesen untuk beliau terus membuat kenyataan yang mengguris hati umat Islam khususnya ahli-ahli dan penyokong UMNO.

Walaupun pelbagai rintihan dan teguran dibuat, Nik Aziz tidak pernah berusaha untuk meperbetulkan keadaan jauh sekali meminta maaf.

Terbaru tuduhannya bahawa ajaran Islam yang dibawa UMNO tidak boleh membawa seseorang itu ke syurga mendapat reaksi daripada Majlis fatwa Kebangsaan. Berdasarkan jawatankuasa itu, kenyataan Nik Aziz itu bukan sahaja salah malah menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan tindakan Nik Aziz memberikan fatwa yang songsang tersebut bukan sahaja tidak melayakkan Nik Aziz untuk dipanggil sebagai Tok Guru tetapi amat merbahaya.

Berita lanjut di http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp

No comments:

Post a Comment