Monday, August 24, 2009

Hidayah di bulan Ramadhan


Post by Darulehsan...
Sunday, August 23, 2009
Saya Di pergunakan oleh PAS. Yusri Ishak
Bekas rakan kongsi Rohaizat, Yusri Ishak dalam firma Saif Ariff dan Rohaizat telah datang dari Pulau Pinang untuk memberi sidang akhbar di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi. dalam kenyataan beliau, Yusri menyatakan penyesalan ke atas pelbagai fitnah dan tomahan telah dilontarkan kepada bekas rakan kongsinya dan ia menyimpang dari tujuan asal kenyataan akhbar dibuat.

Beliau meluahkan rasa sedih diatas serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat. Disamping itu, beliau turut meluahkan penyesalan telah dibabitkan sama di dalam usaha memburukkan Rohaizat. pada Ogos 20hb hari Khamis lepas, beliau telah bercakap di atas pentas PKR kononnya membersihkan diri dari dikambing hitamkan berhubung dengan pembabitan bekas firma guamnya dengan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Dalam sidang akhbar hari ini, Yusri berasa menyesal kerana dia menyebabkan rakannya diburuk-burukkan dan rumah tangga rakannya itu porak-peranda sekarang ini. Beliau menyatakan pihak pembangkang bersalah melakukan serangan peribadi. setelah disoal bertubi-tubi, terungkai beliau adalah peguam yang menguruskan segala urusan perundangan Koperasi. Mereka boleh dianggap sebagai klien peribadinya.

"Ini bukan lagi corner baring tapi corner lipat skali buat u-turn" kebenaran akhirnya terserlah juga, mungkin sdr Yusry telah dapat hidayah pada bulan ramadhan yang mulia ini...

No comments:

Post a Comment