Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Friday, August 6, 2010

JANGAN CEMAR BULAN RAMADAN INI


Yg hendak disampaikan disini ialah cerita dari selangor... tapi kita tak mahu ia berlaku sama di Pulau Pinang

Ada orang panggil dia nie USTAZ..orang-orang PKR pun panggil dia USTAZ..tak lama lagi akan menjadi Mursyidul AM PKR gamaknya..ada juga orang panggil dia Tuan Pengarah kerana dia sekarang Pengarah Penerangan MB Lembu Gagap...ada juga orang panggil dia Badrul jer...tak kisah ler panggil dia sapa tapi yang pasti mamat ini mencipta gelombang membodohkan diri sendiri dan juga kerajaan Selangor.

Aku masih berfikir apa sebenarnya kempen yang ustaz celop nie dok canang di Malaysiakini.Kempen untuk selamatkan Selangor dari sapa? Biasanya kalau ada kempen selamat menyelamat itu bermakna menyelamatkan individu atau organisasi daripada orang-orang yang zalim dan kejam.Sekarang dia nak selamatkan Selangor daripada siapa..takkan dari UMNO yang menjadi pembangkang..apa kezaliman yang UMNO buat walhal bukan UMNO yang memerintah Selangor? UMNO bukan pemerintah Selangor..orang lain pun jadi Pengarah Penerangan jugak tapi program tuh biar masuk akal..jangan buat program macam manusia tak tau berfikir.Bahasa paling senang otak letak di lutut.

Kemudian nak jadikan majlis agama sebagai tempat memberi penerangan kepada rakyat.Ini satu kerja bangang ustaz celop nih.DYMM Sultan dah bertitah supaya jangan jadikan masjid sebagai tempat untuk berpolitik.Betul, kalau dia cakap untuk memberi penerangan kepada rakyat.Tapi dia boleh gerenti ke yang dia takkan sentuh tentang UMNO dan BN.Kalau dia sentuh bermakna itu sudah masukkan agenda politik ke dalam kawasan masjid.Banyak lagi cara untuk menjelaskan isu salah tadbir mereka tetapi titah DYMM Tuanku jangan dibuat main-main.Isu kegagalan mengadakan sambutan kehadiran DYMM Permaisuri Agong belum selesai Pakatan Rakyat dah mula nak bermain dengan sentimen titah Sultan Selangor di bulan Ramadhan nanti.Dato Seri Noh juga mencabar pemimpin PAS mendesak semua pusat hiburan dan maksiat di tutup di bulan Ramadhan.KLIK DISINI. Sampai sekarang Hasan Ali kecut telur.Ceramah di Kepong dok cerita pasal tanah yang diluar bidang kuasa beliau sebagai Exco..agak2 ler nak bodek Ronnie Liu.

Ayat terakhir yang aku baca di Malaysikini,
"Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat".

Kalau umat Islam berkumpul untuk beribadat kenapa mesti digunakan masjid sebagaii tempat untuk menerangkan isu-isu politik??

Maka betul apa yang dikatakan oleh Sahabat Blogger lain bahawa SSDE ini membuatkan mereka senak perut.Sanggup mempermainkan bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam untuk menggandakan amal ibadah mereka tetapi telah diganggu dengan sesi-sesi yang dipanggil tazkirah.Tazkirah di masjid hanyalah berkenaan dengan bab-bab agama dan tidak perlu menjadikan sesi tazkirah itu sebagai platform politik ketika dalam keadaan terdesak.

Pesanan aku kepada Badrul Amin Ustaz Celop PKR ini, otak letak dikepala jadikannya untuk berfikir..jangan nanti orang cakap Pengarah Komunikasi PKR otak dilutut.UMNO Selangor apa lagi? Hantar memorandum sekali lagi kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor memohon agar perkara ini dipantau dan dihalang demi memastikan keselesaan umat Islam untuk beribadah di masjid tidak berganggu di bulan Ramadhan nanti.

Apa PKR ingat orang UMNO tak pegi masjid?

Aku Rindukan Fatwa Sampah Wali Selipar..Dimana Dikau...Masuk IJN lagi ke?

Dengar-dengar ada anggota pengurusan Petronas menjadi Ahli Majlis Daerah di Selangor??Sama-sama kita tunggu..

::Dimana Pakatan Kuat Di Situ Rakyat Merempat!!::

sumber dari : www.kitagempur.com/

Friday, December 4, 2009

Kerana sebut "Melayu dua tiga kerat " dihalau keluar Dewan



GEORGETOWN
Sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) keluar dari Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam setelah tidak berpuas hati dengan tindakan Timbalan Speaker, Tan Hock Leong mengarahkan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim keluar dari DUN dan menggantungnya sehingga jam 5 petang semalam.

Azhar berkata, tindakan Timbalan Speaker yang mengarahkannya keluar dewan kerana mengeluarkan kenyataan ‘Melayu dua tiga kerat’ yang kononnya menghiris perasaan beberapa pemimpin Melayu Pakatan Rakyat (PR) sebenarnya bertujuan menyekat beliau daripada meneruskan ucapan dan mendedahkan satu persatu kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Menurutnya, kenyataan ‘Melayu dua tiga kerat’ yang digunakan dalam ucapannya adalah merujuk kepada bilangan yang kecil memandangkan bilangan pemimpin Melayu PR amat sedikit dan beliau kecewa dengan tindakan Timbalan Speaker yang menunjukkan sikap tidak profesional apabila mengarahkan Ketua Pembangkang keluar dari sidang DUN.

“Saya kesal dan kecewa dengan tindakan Timbalan Speaker yang mengarahkan saya keluar dewan dan ianya jelas menunjukkan mereka cuba menyekat saya terus berucap, mungkin kerana tidak tahan dengan kenyataan pedas saya mendedahkan keburukan mereka.

“Sekiranya saya dihalau kerana tidak menggunakan perkataan yang sepatutnya dalam sidang ini, mengapa Timbalan Speaker tidak mengambil tindakan ke atas ADUN PR yang menggunakan perkataan kesat ke atas saya seperti perkataan lanun, penyamun, perompak dan kurang ajar yang memberikan pengertian yang lebih jelas berbanding perkataan ‘dua tiga kerat’?” katanya kepada pemberita sejurus selepas keluar dari sidang DUN bersama sembilan ADUN BN yang lain.

Azhar yang juga ADUN Penaga berkata, beliau tetap mempertahankan tindakannya enggan menarik balik kenyataan beliau sebelum ini dan membidas pemimpin Melayu PR yang disifatkannya sebagai ‘makan gaji buta’ semata-mata.

Beliau juga turut menafikan dakwaan beberapa ADUN PR menuduh beliau menunjukkan punggung ke arah mereka sebagai tanda protes dan menegaskan ADUN PR dan Kerajaan Negeri sememangnya mengamalkan sifat tuduh-menuduh ke atas BN sejak dahulu lagi bagi menutup ‘pekung’ mereka sendiri.

“Kerajaan Negeri dan ADUN PR memang amal perangai tuduh-menuduh dan guna perkataan kesat terhadap pemimpin BN sejak dahulu lagi sehinggakan menuduh saya menunjukkan punggung ke arah mereka.

“Berkenaan kenyataan saya, sememangnya beberapa ‘kerat’ pemimpin Melayu dalam Kerajaan Negeri pimpinan PR yang tidak pernah buat apa-apa terhadap orang Melayu di negeri ini dan hanya duduk diam di pejabat dan makan gaji buta semata-mata. Justeru, tidak hairan kalau ada orang panas punggung dan menggunakan kuasa Speaker untuk menghalau saya,”katanya.

Beliau juga berkata, UMNO sahaja yang berikhtiar membela nasib orang Melayu negeri ini.