Showing posts with label dutawangsa. Show all posts
Showing posts with label dutawangsa. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan 2010/1431H


Selamat mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yg mulia, semoga sama2 kita mendapat iktibar, keinsafan, kemenangan, perolehan rezeki yang diredhai, kesihatan yang baik, amalan yang diterima, umur yang dipanjangi dan segala dosa diampuni. Mohon maaf atas segala khilaf yg ada. Amin Yarabbal A'lamin....

Marhaban ya Ramadhan kepada semua pembaca blog dutawangsa....

Saturday, September 5, 2009

ADUN BN Bagan Pinang NS meninggal


ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.




Keputusan N31 Bagan Pinang PR ke 12 2008

04 September 2009
Keputusan N31 Bagan Pinang PR ke 12 2008

N31 BAGAN PINANG
Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%

1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384

Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)



Monday, August 31, 2009


Salam Kemerdekaan...

Dutawangsa ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke seluruh rakyat Malaysia...
Hayatilah dengan penuh perasaan erti sebenar kemerdekaan, walaupun kita bebas daripada jajahan pemerintah selama 52 tahun namun masih ada lagi dikalangan belia-belia kita yang masih belum merdeka dari segi minda... iaitu minda masih dijajah...Dijajah oleh ideologi-ideologi yang karut serta tak masuk dek akal, juga minda yang masih dijajah oleh anasir-nasir seperti negara-negara luar yang cuba menyerap masuk melalui minda-minda anak-anak muda kita melalui muzik, gambar, dan fashion-fashion kini. Antaranya seperti black metal, thrash, grundge dan macam-macam lagi.. Ini semua adalah jajahan terhadap minda-minda anak-nak muda dan juga remaja-remaja kita. maka dengan itu kita haruslah memberi pengisian mengenai erti sebenar kemerdekaan yang telah diperjuangakan sehingga titisan darah terakhir dan keringat yang mereka lalui untuk memerdekakan tanah Melayu ini.
Adalah amat sukar utk pejuang2 yg terdahulu berjuang utk memerdekakan bangsa & tanahair ini drp penjajah asing, tp skrg tanggungjwb yg lebih besar adalah kpd kita utk mempertahan & mengisi erti kemerdekaan yg sebenarnya'

Renung-renungkanlah...

Saturday, August 29, 2009

Kepala Lembu di Letak di Depan Pejabat Khalid








protes penduduk seksyen 23 shah alam terhadap kelulusan pembinaan kuil mega semakin panas. sebentar tadi, dalam keadaan cuaca panas terik penduduk telah berarak dari masjid shah alam menuju ke pejabat SUK shah alam.

khalid berahim yang kebetulan baru pulang dari solat jumaat,menutup mukanya didalam dalam kereta apabila bertembung dengan penduduk !

rodziah adun batu tiga dikabarkan sudah cabut lari. khalid gereja samad menjadi punching bag kemarahan penduduk.....


Lu fikirlah sendiri...

Sumber Gerakan AntiPKR

Keputusan Ramai atau Ikutkan Hati

Seperti yang Dutawangsa katakan tempoh hari adakah Presiden MCA dan kuncu-kuncunya melakukan sesuatu yang drastik itu berdasarkan tindakan disiplin atau pun mempunyai agenda tersendiri...

Macam yang dikatakan oleh Chua Soi Lek "selepas keputusan ini dibuat baru Presiden MCA itu boleh tdo..." jika dikaji dengan ayat itu macam-macam spekulasi dapat kita katakan... Namun keputusan telah dibuat dan kita hanya mampu untuk melihat seterusnya permainan politik MCA ini... Jika kita lihat setelah Chua dibongkar dengan skandal ini, beliau telah melepaskan semua jawatan kerajaan dan jawatan Parti... Namun setelah itu pada pemilihan baru-baru ini beliau telah terpilih semula oleh ahli-ahli MCA... Jadi adakah wajar untuk memecat Chua setelah beliau dipilih semula...

Renung-renungkanlah dan fikirkanlah sendiri...

Thursday, August 27, 2009

MCA Telah Melakukan Satu Langkah Berani atau Balas DENDAM


Satu langkah yang berani atau satu langkah untuk membalas dendam terhadap Chua Soi Lek yang sebelum ini memang ada persengketaan dengan team satu lagi...kan???

"Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sendiri akan memaklumkan keputusan yang dibuat "dengan berat hati" dan "kolektif" itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku pengerusi BN.

Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira tiga jam sebelum keputusan itu dicapai, Dr Chua memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.

Beliau sebelum itu hadir lebih kurang dua jam di mesyuarat Majlis Presiden MCA."

Walaupun tindakan berani Presiden MCA ini adalah drastik... namun bagi MCA, Chua SOi Lek merupakan liabiliti bagi mereka dan keputusan yang tepat adalah dengan memecat beliau... Namun kalau kita fikirkan mungkin juga disebabkan dendam lama...

Lu fikirlah sendiri....


Wednesday, August 19, 2009

Pembakang Menipu Tolong Rakyat

Kita sebagai pengundi harus tahu memilih wakil yang mampu menyuarakan hak kita , baik di parlimen atau dewan undangan negeri.Kesilapan dalam memilih wakil akan mengakibatkan diri kita terabai. Jangan kita terpedaya dengan kempen-kempen ceramah Pas dan sekutunya membicarakan tentang tanggungjawab dan ketelusan. Lihatlah kembali dalam masa setahun pemerintahan mereka banyak isu yang boleh mencetus ketegangan dan kekacauan .Pas yang dilihat sebagai hero pada 'islam' tidak mampu untuk mempertahankan hak umat islam walau dimana sahaja di bumi Malaysia ini. Wahai pengundi permatang Pasir , nyatakan pendirian anda di kotak undi untuk menolak parti yang berpura-pura alim dan bersih ini sebagai membantah apa yang terjadi pada penduduk di Shah Alam. Mereka terpaksa berdepan sendirian dalam mendapatkan hak keamanan dan keharmonian.Shah Alam terus menerus menjadi medan menduga kesabaran umat islam melayu, setelah penduduk disitu memberi kepercayaan kepada MP Pas dan adun PKR bagi meneruskan kesinambungan kota melayu islam di lembah kelang ,kini ia dilihat semakin suram kelam sebagaimana hilangnya janji-janji manis mereka dahulu. Yang dijanji,kan tak kunjung tiba , tapi inilah keistimewaan kerajaan PR yang dikatakan telus, bertanggungjawab, bila berjanji akan memungkiri dan sanggup berbohong dan apabila rakyat ingin menyuarakan keresahan dan permasalahan mereka tetiba menjadi buta dan tuli . Apakah dosa penduduk seksyen 23 Shah Alam yang telah memberikan undi pada calun Pas dan PKR untuk mendapatkan tempat di parlimen dan Dun ?harapan penduduk untuk melihat sebuah pusat setempat bagi kegunaan penduduk lebur apabila kerajaan Selangor berkeras untuk meneruskannya.UMUM mengetahui jumlah keluarga berketurunan INDIA hanya tak sampai 40 berbanding 400 keluarga Melayu islam,apakah keperluan kuil begitu mendesak sehingga terpaksa dibina ditanah seluas 0.2 hektar sedangkan kuil-kuil kecil sudah bertebaran serata shah alam?Bila penduduk ingin menyampaikan bantahan dan persoalan tentang kuil yang bakal terbina(kawasan sudah diterangkan untuk permulaan kerja), exco yang bertanggungjawab tidak mahu berjumpa dengan penduduk.I nikah kerajaan yang bertanggungjawab yang diperkatakan oleh PR ketika kempen dahulu sebelum menang?Inilah kerajaan yang disokong oleh Pas, dan kerajaan inilah yang masih berada di Pulau Pinang...lihatlah bagaimana penduduk kampung Pala yang ditipu hidup-hicup oleh barisan pemimpin PR diketuai oleh Anwar Ibrahim.Mereka hanya pandai berjanji tapi dalam berjanji mereka menipu, menipu pengundi yang sebenarnya mereka tidak mampu untuk menunaikan janji mereka.Sebenarnya tiada apa yang dapat diselesaikan dengan baik dan rakyat tidak diberi hak sama sekali apabila mereka memerintah, yang penting pemimpin PR terus menipu, bermewah dan menjalankan politik menuduh demi survival politik mereka.