Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

Gempar !! Guan Eng tidak dibenarkan masuk Masjid Tanjong Tokong !!



Guan Eng lidah biawak dari hari ke hari kini sudah lagi tidak dipercayai orang Melayu Pulau Pinang. Terbaru , pengurusan qaryah Masjid Tuan Guru di Tanjong Tokong sebulat suara menolak roadshow berbuka puasa bersama Guan Eng di masjid mereka .

Untuk makluman , Guan Eng yang tidak puasa ini dalam bulan Ramadan ini sedang dok atur round ke beberapa buah masjid di PP untuk berbuka puasa bersama pengurusan masjid dan anak qaryah . Sebelum ini Guan Eng menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Rawa hingga beliau diserang oleh 2 orang ahli PAS .

Difahamkan penolakan terhadap Ketua Menteri bekas banduan ini ada kaitan dengan isu penindasan orang-orang melayu di negeri baru-baru ini dan juga isu bacaan doa di dalam khutbah kedua solat Jumaat yang sedang hangat diperkatakan seluruh negara kelmarin .


Isu ini mengingatkan mengulangi episod yang sama yang sama berlaku kepada Lim Guan Eng pada 2008. Pada ketika itu, Ketua Menteri paling celaka didalam sejarah negeri ini juga pernah dihalang untuk berkunjung ke Masjid Terapung di Tanjung Bungah. Puak -puak PAS masa itu menuduh UMNO Bukit Bendera sebagai dalang dalam isu itu .


Ini dapat melihat isu ini sebagai satu tanda bermulanya kejatuhan imej Khalifah Guan Eng selepas 2 tahun dia dok jaja depan orang Melayu di negeri PP . Orang Melayu terutamanya sudah semakin sedaq tentang pembohongan , penindasan dan kezaliman yang Guan Eng dan kerajaannya buat kepada orang Melayu . Sehinggakan orang Melayu dan berniaga di bulan posa seperti di Komtar dan bazaar Chowrasta sampai kena pi lawan dengan warlord2 Cina DAP untuk mencari rezeki .


Guan Eng sebenarnya seorang pemimpin yang ultra kiasu & chauvinis tetapi beliau bijak menyembunyikannya dirinya yang sebenar itu bila berhadapan dengan orang Melayu . Siapa yang baru kenal dan jumpa dia pertama kali tentu tertarik dengan sikap dan keramahannya sepertimana penjilat tegar PAS ini MSO .


Tetapi kini lakonan baiknya serta ditambah petahnya lidah biawaknya berbohong sudah tidak boleh ditutup lagi . Sehingga rakan blogger hebat Penang , Pisau.net menggelarkan Guan Eng " Asal Guan Eng buka mulut , mesti Bohong "


DW yakin dan percaya orang Melayu di PP akan sedaq dan tidak rela lagi diperbodohkan Guan Eng dan Melayu balacinya dalam PKR & PAS . hero Penang Pak Ali serta Arif Ibrahim , Ramli Ahmad merupakan rakyat marhaen di PP yang sudah sedaq siapa sebenarnya Guan Eng dan mereka tidak rela lagi melihat nasib bangsa Melayu ditindas oleh DAP !!


Sumber: Pejuang bangsa



Friday, August 20, 2010

PANAS!!!Khutbah Jumaat Nama Agung & TYT,di Ganti dengan Nama Guan Eng

Khutbah Jumaat di Pulau Pinang kini menjadi medan untuk menjilat Ketua Menteri Paling Celaka Dalam Sejarah Negeri. Aparat aparat Khawarij PAS begitu bersungguh sungguh mendewa dewakan sikafir harbi ini hinggakan mendoakan beliau didalam Khutbah Jumaat.

Kelaziman dalam lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam tetapi mengapa mendoakan untuk seorang yang anti Islam dan Melayu,pembohong seperti Guan Eng seorang kafir harbi.

Begitulah teruknya sebahagian penjilat tegar Khalifah Sosialis hinggakan sanggup membuang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan TYT Gabenor Tun Rahman Abas sebaliknya mendoakan Lim Guan Eng didalam khutbah Jumaat.

Perkara ini sudah berlaku dibeberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Buktinya pada Jumaat minggu lepas,13 Ogos di Masjid Padang Menora Tasik Gelugor. Khatib Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan Ketua Menteri Khalifah Sosialis Guan Eng menggantikan Yang Pertuan Agong didalam Khutbah Jumaat.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan dan bantahan dikalangan jemaah yang hadir apabila menyedari doa itu membelakangkan YDP Agung hinggakan ada yang tergamam mengapa harus menyebut nama seorang kafir harbi yang semua orang tahu begitu kuat berbohong dan anti melayu.

Mimbar masjid dijadikan pentas politik,mendoakan seorang kafir harbi pula menjadi keutamaan buat penganut Isle PAS.

Ini sudah sampai ketahap kurang ajar hinggakan para imam masjid dijadikan pencacai politik gampangan sosialis ultra kiasu DAP.

Adakah dengan hanya Guan Eng memberi sedikit gula gula pada program Ehya Ramadhan yang bertujuan untuk membeli undi khariah masjid di Dewan Serbaguna Jawi sudah menjadi lesen besar untuk menendang keluar nama Yang Dipertuan Agong?




Guan Eng sicelaka ini diangkat bagaikan raja, Yang Dipertuan Agung dan TYT Gabenor di hina .Khawarij PAS harus bertanggungjawab. Adakah ini salah satu titik tolak mengajar orang melayu supaya menderhaka kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong?

Ajaran PAS yang menggankat Guan Eng bagaikan seorang khalifah sosialis bererti mereka menghalalkan segala tindakan Guan Eng yang kita semua kenali sebagai seorang pembohong,anti Islam dan anti melayu.

Tahap kebodohan khawarij PAS bagaikan sudah mengila,menjadi bangsat dan jalang seperti PAS menjilat Guan Eng adalah satu keutamaan.

-pisau.net-





Friday, August 13, 2010

PUNCA SEBENAR guan eng MUDAH MENINDAS MELAYU PULAU PINANG!!!


Satu persatu tindakan kerajaan pimpinan Guan Eng menitiskan air mata dan merobek hati Melayu Pulau Pinang, khususnya mereka yang tinggal di bahagian pulau. Hanya beberapa kerat Melayu dari PKR dan PAS yang diberi jawatan oleh Guan Eng berterusan membela orang yang mereka anggap sebagai khalifah ini.


Hujah yang diberikan puak-puak Pakatan Haram ini bahawa Melayu Pulau Pinang sejak BN memerintah lagi ditindas menampakkan mereka ini hanya berminat untuk mencari kuasa dan berterusan berkuasa, bukannya menyelesaikan masalah rakyat.

Sepatutnya, jika mereka mengatakan Melayu Pulau Pinang tertindas di bawah BN, mereka harus selesaikan masalah itu. Ini tidak, sejak Guan Eng memegang kuasa, semakin banyak tindakan yang menekan dan meminggirkan Melayu.

Lihat saja bagaimana SDO dihina oleh Guan Eng, menghalau peniaga Melayu berhampiran Quenssbay, robohkan kafe DOREMI, menghalau peniaga di KOMTAR dan pelbagai lagi tindakan halus yang menyisihkan Melayu sedikit demi sedikit.

Penulis mudah sangat untuk faham mengapa Guan Eng dengan bersenang-lenang menekan Melayu Islam Pulau Pinang sejak beliau mula memerintah pada Mac 2008. Ini sebabnya:

Kerajaan Guan Eng 2008:
Bukan Melayu 25 orang
Melayu 4 orang
Perbezaan 21 orang

Dan sekarang, cuba bandingkan kerajaan BN sebelumnya (2004):

Bukan Melayu 24 orang
Melayu 14 orang
Perbezaan 10 orang

Nampak? Melayu Islam Pulau Pinang khususnya penyokong Pakatan Haram nampak tak? Inilah sebabnya Guan Eng boleh melakukan apa saja yang beliau mahukan untuk menindas orang Melayu.

Ketika Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri dulu, beliau sekurang-kurangnya mahu juga mendengar cakap ADUN-ADUN Melayu dari UMNO. Ini kerana perbezaan di antara ADUN Bukan Melayu dengan Melayu hanya 10 orang.

Berbeza dengan Guan Eng, beliau langsung tidak perlu untuk mempedulikan atau mendengar suara 4 orang ADUN Melayu Pakatan Haram (3 PKR, 1 PAS) untuk membuat keputusan. Iyalah, perbezaannya 21 orang. Sekali lagi penulis ulangi, DUA PULUH SATU ORANG! Apa yang mampu dibuat mereka?

Buat Melayu Pulau Pinang, inilah kesan dari tindakan emosi dan termakan dengan dakyah Anwar dan PAS. Kononnya apabila mengundi DAP, PKR dan PAS, Melayu Islam Pulau Pinang akan terbela. Hari ini, anda menanggung azab ciptaan Guan Eng tanpa dipedulikan langung oleh Anwar dan Nik Aziz.

Bangunlah menentang kezaliman Guan Eng dan menuntut hak kalian dipelihara, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya akan datang. Ketika PRU-13 nanti, jangan ulangi kesilapan lalu. Mari kita pastikan Guan Eng diterajang keluar dari Pulau Pinang balik ke Melaka! Pulau Pinang bukan negeri dia!


sumber dari : http://satulimatiga.blogspot.com/


Sunday, January 3, 2010

Himpunan Umat Islam Pulau Pinang

Himpunan Umat Islam Pulau Pinang membantah keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majlah Herald . Himpunan ini disertai hampir 500 orang yang datang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira fahaman politik seperti UMNO, PAS dan PKR manakala leb...ih dari 10 NGO turut hadir bagi menyatakan bantahan secara aman ini. Turut bersama adalah mantan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang , Ustaz Hafiz Bin Nordin


KP UMNO PP Sdr Norman memberi ucapan







Ucapan berapi yang membakar semangat semua hadirin oleh
Ustaz Hafiz Bin Nordin, Mantan Ketua Pemuda PAS P.Pinang


Thursday, November 12, 2009

Sosialis Republik Of Penang: Ketua Kampung Melayu Bakal Di Lembukan.Melayu Pulau Pinang DiBangsatkan

Sosialis Republik Of Penang: Ketua Kampung Melayu Bakal Di Lembukan.Melayu Pulau Pinang DiBangsatkan
Posted On 11/11/2009 02:38:00 PM by pisau.net |
Orang Melayu Pulau Pinang,sekali lagi bakal dibangsatkan oleh Khalifah Cina Melaka apabila ada mengusahakan mewujudkan jawatan Penolong Pegawai Penerangan yang akan ditempatkan di pejabat pejabat daerah yang mempunyai tugas mirip jawatan penghulu penghulu yang sedia ada.

Khalifah Cina Melaka ini menyifatkan penghulu penghulu yang sedia ada ini terlalu menjaga kepentingan orang melayu dan lebih pro BN.Maka usaha untuk melaksanakan agenda ketuanan sosialis cina mengalami kegagalan jika ketua ketua kampung ini gagal memberi kerjasama. Umum sedia maklum,di pejabat daerah dan tanah banyak permohonan mendapatkan tanah dan menukar tanah TOL kepada pajakan dijalankan cukup agresif, bayangkan jika 10 permohonan di hantar,8 daripadanya adalah berbangsa cina,2 permohonan daripada melayu,tetapi yang diluluskan hanya 8,permohonan daripada orang melayu ditolak atau pun di K.I.V.

Orang melayu cukup susah untuk menukar status tanah, orang cina mendapat keistimewaan yang luar biasa untuk mendapatkan tanah. Realitinya mereka sudah berusaha mendapatkan sebanyak mungkin tanah tanah di negeri pulau ini. Natijahnya jika kuasa politik bertukar tangan sekali pun,yang menjadi tuan tanah adalah bukan melayu,siapa yang lebih berkuasa? tuan tanah atau kuasa politik?

Perkara tentang lantikan pegawai penerangan ini di bantah sekeras kerasnya oleh SUK PP Dato' Zainal dengan alasan akan berlaku pertindihan tanggunjawab tugas.Kita lihat satu lagi perancangan ketua menteri yang licik dan cakap tidak serupa bikin.Kenapa harus membazir wang rakyat?Sudah tentu ada pelantikan baru!Siapa pula yang akan dilantik?Mudah mudahan perjuangan Dato' Zainal pertahankan alif ba dan ta diberkati Allah.

Melayu Pulau Pinang, apa yang anda tunggu lagi? Pisau menyeru,tolak perbezaan fahaman politik, bersatulah demi hak yang tinggal tak seberapa di negeri kita.Bangkitlah,Sedarlah hak melayu di Pulau Pinang makin hampir tiada di masa depan.


pisau kata " perkara pertama sekali guan eng buat ketika pegang ketua menteri ialah memegang portfolio tanah! sudah terang lagi bersuluh!"

Wednesday, November 11, 2009

Agenda sulit kerajaan negeri kaut tanah di PP


Agenda sulit kerajaan negeri kaut tanah di PP

PB mendapat info , Melayu PP akan terus dikencingkan dan dibangsatkan lagi oleh Khalifah Lim Guan Eng apabila ada usaha mewujudkan jawatan Penolong Pegawai Penerangan yang akan ditempatkan di setiap pejabat pejabat daerah yang mempunyai tugas mirip jawatan penghulu penghulu yang sedia ada. Dalam pengetahuan PB , gred mereka iaitu ialah N27 .

Guan Eng ini lihat penghulu penghulu yang sedia ada ini terlalu menjaga kepentingan orang melayu dan mungkin mereka lebih pro BN.Maka segala usaha mereka untuk melaksanakan agenda menjaga bangsanya akan mengalami kegagalan jika ketua ketua kampung ini gagal memberi kerjasama.

Memetik daripada kenyataan Pisau sebab mengapa Guan Eng wujudkan benda ini ??

Umum sedia maklum,di pejabat daerah dan tanah banyak permohonan mendapatkan tanah dan menukar tanah TOL kepada pajakan dijalankan cukup agresif, bayangkan jika 10 permohonan di hantar,8 daripadanya adalah berbangsa cina,2 permohonan daripada melayu,tetapi yang diluluskan hanya 8,permohonan daripada orang melayu ditolak atau pun di K.I.V.

Orang melayu cukup susah untuk menukar status tanah, orang cina mendapat keistimewaan yang luar biasa untuk mendapatkan tanah. Realitinya mereka sudah berusaha mendapatkan sebanyak mungkin tanah tanah di negeri pulau ini. Natijahnya jika kuasa politik bertukar tangan sekali pun,yang menjadi tuan tanah adalah bukan melayu,siapa yang lebih berkuasa? tuan tanah atau kuasa politik?


Menurut sumber yang PB terima , usaha mengwujudkan lantikan pegawai penerangan ini di bantah sekeras kerasnya oleh Pejabat SUK PP yang diketuai Dato' Zainal Seman dengan alasan akan berlaku pertindihan tanggunjawab tugas.Kita lihat satu lagi perancangan ketua menteri yang licik dan cakap tidak serupa bikin.Kenapa harus membazir wang rakyat?Sudah tentu ada pelantikan baru!Siapa pula yang akan dilantik?Mudah mudahan perjuangan Dato' Zainal pertahankan alif ba dan ta diberkati Allah.

PB akan terus bongkarkan lagi isu-isu Melayu PP yang semakin ditindas sejak DAP memerintah PP. Melayu PP harus sedar akan nasib bangsa di negeri nenek moyang kita... kita tidak boleh lagi harap Adun-Adun Melayu PR seperti Mansor ,Salleh Man ,Malik Kassim ..mereka ini tidak boleh buat apa pun untuk pejuangkan isu-isu Melayu dan Agama Islam ... tiada apa lagi dah yang ada , tanah wakaf milik orang Islam kini tidak boleh dibangunkan lagi ... dalam masa mereka pegang PP sebelum PRU 13 ,tunggu lagi la apa yang nak mereka kaut lagi ................

PB kata sejak Lim Guan Eng pegang kerajaan negeri PP , dia akan tumpu tanah saja !!



Link
Guan Eng terus tipu Melayu Pulau Pinang dalam isu tanah - Siri 1
Pendedahan Eksklusif !!! Nasib Tanah Wakaf di Pulau Pinang
Posted by Pejuang Bangsa at 10:39 PM